Monday, March 23, 2009

DEEPAVALI / DIWALI


Hari Deepavali diterjemahkan dengan Deretan Pelita atau Pesta Cahaya. Perayaan ini akan disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh dan Jain. Kenapakah penganut agama tersebut menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana mereka meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Selain itu, Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली,bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi:दीवाली ).

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yan bererti barisan. Menurut maklumat tambahan di laman Indian Culture Online mendedahkan bahawa hanya penduduk keturunan Malayalam di Keraja, India tidak merayakan Diwali, termasuk mereka yang beragama Hindu. Sebaliknya, penduduk keturunan Malayalam ini meraikan Onam iaitu perayaan sempena musim menuai.

Menurut lagenda , Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan di bunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua agar mereka merai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada memuat kejahatan sesama manusia.


Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. 

BILAKAH PERAYAAN DEEPAVALI DI SAMBUT?

Perayaan ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Pada tahun 2008, perayaan ini disambut pada 30 Oktober 2008. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan. 

UPACARA YANG DILAKUKAN PADA PAGI DEEPAVALI.

Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.

KEPENTINGAN PERAYAAN HARI DEEPAVAI DALAM AGAMA HINDU

 Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

 Perkataan Sankrit “Deepavali” bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya keatas kegelapan. Oleh sebab pengatahuan bahasa Sankrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India Utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India Utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari itu.  


en.wikipedia.org/wiki/Diwali

www.diwalifestival.org/

4 comments:

  1. boleh saya tahu selepas deepavali????

    ReplyDelete
  2. this is our festival so, we can celebrate the deepavali..........HAPPY DEEPAVALI.......

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. 888 Casino NJ - All You Need To Know About
    888 Casino 구미 출장마사지 NJ reviews, including 여수 출장샵 real players' reviews, 영천 출장안마 games, complaints, latest bonus codes and promotions. Find details about 888 의정부 출장샵 Casino NJ 제주도 출장샵 here!

    ReplyDelete